Followers

Thursday, August 19, 2010

Antara Minat & Kemampuan...

Antara Minat & Kemampuan...

Kenapa saya pilih tajuk nih.. sebenarnya saya ni di dalam dilema...
Saya minat sangat Hiasan rumah ala² english ni...
Saya selalu terfikir.. kalau tak de duit camne nak wat umah cantik²...
Errmmm... sebab saya tengok kebanyakan dari barang perhiasan ala² english ni agak mahal harga nya.
Tapi tak salah kan kalau kita setakat menghias sekadar mengikut kemampuan.
Sikit².... lama² jadi banyaklah perhiasan tu kan....
Yang penting kena kemas dan bersih.

Apa yang penting, saya dah buat keputusan untuk belajar membuat decoupage..
Hanya untuk hiasan rumah saya sahaja.. Jadi saya mungkin boleh berjimat kat situ...
Walaupun saya ni bukan lah orang yang kreatif.. tp tak pe lah... cuba dulu..
tak cuba tak tahu...

Insyaallah... malam ni saya nak jumpa Hazdi Home Decor tuk beli starter kit decoupage tuh..
Harap² menjadi...
banyak lagi ada kat sini

Amin. :)

"GIVEAWAY RAYA DARI MRS NOR"


Setelah sekian lama saya tak join give away dari mana² blogger, hari ni terpanggil tuk join GA dari Kak Nor.. GA ni Kak Nor buat sempena nak menyambut Bulan Syawal.. Sesiapa yang nak join GA mudah ni boleh trus klik kat sini sebelum anda terlambat k. Tarikh tutup penyertaan 23/08/2010 (Isnin).

Ini adalah antara hadiah yang Kak Nor tawarkan.... manalah tahu ada rezeki....




Join jangan tak join.....

Wednesday, August 18, 2010

Impian

"Yan Luvly Cottage" ni hanyalah impian untuk menghiasi rumah saya ala² inggeris gitu... semuanya belum bermula lagi.. rumah sendiri pun belum ada lagi..

Tapi saya memang sangat sukakan hiasan ala inggeris nih.. walaupun dari zero knowledge, namun saya masih berharap agar dapat menghias rumah saya secantik mungkin.

Semoga impian saya menjadi kenyataan suatu hari nanti...

Aminnn...